iV Movers LogoIV MOVERS
HomePackagesGalleryAbout UsContact
Call NowWhatsApp

Pindah Pejabat Selangor?
Kami Uruskan Semua

Dari Shah Alam ke Klang, dari PJ ke Puchong — kami uruskan pindah pejabat korang dengan profesional. Server, IT equipment, perabot, dan dokumentasi, semua sekali.

Sejak 2017
Berasal & Berpengalaman
3 Jenis Lori
1T, 3T & 5T
47 Kawasan
Cover seluruh Selangor
6 Pagi - 10 Malam
Setiap hari

Servis Pindah Pejabat Selangor Yang Boleh Dipercayai

Pindah pejabat Selangor bukan main-main. Bila korang uruskan pejabat, ada server yang menyimpan data syarikat, workstation berpuluh-puluh staf, kabinet fail berisi dokumen penting, dan mesin pejabat yang mahal-mahal beli. Semua ni kena diurus dengan teliti supaya operasi perniagaan korang tak tergendala lama.

IV Movers dah lebih 8 tahun tolong syarikat-syarikat di seluruh Selangor pindah pejabat dengan lancar. Dari kilang dan kawasan industri di Shah Alam dan Klang, sampai ke business park moden di PJ, Subang, dan Puchong — kami faham sangat cabaran pindah pejabat dekat Selangor. Trafik LDP dan Federal Highway, peraturan kawasan perindustrian, loading bay kilang, semua tu dah biasa kami hadapi.

Kami sediakan servis lengkap: dari pembungkusan dan balut perabot, buka pasang workstation dan partition, urus server dan IT equipment, sampai hantar dan susun semula di pejabat baru. Semua ikut jadual yang korang tetapkan. Nak pindah malam ke, hujung minggu ke, boleh.

Kenapa Pindah Pejabat di Selangor Lain Sikit

Pindah pejabat di Selangor ada cabaran tersendiri, terutama kalau korang berada di kawasan industri atau business park. Ni antara benda yang selalu kami nampak:

Kawasan Industri & Kilang

Shah Alam, Klang, dan Puchong banyak kawasan industri. Akses lori besar kadang terhad, pintu kilang kecil, dan jadual operasi kilang kena ambil kira supaya tak ganggu pengeluaran.

IT Equipment & Server Korporat

Server, komputer, dan peralatan rangkaian pejabat kena diurus dengan cara khas. Salah angkut boleh rosakkan data atau hardware. Kami guna pembungkusan antistatik dan label sistem.

Trafik LDP, Federal & KESAS

LDP, Federal Highway, dan KESAS memang terkenal sesak, terutama waktu peak. Kami rancang laluan dan waktu pindah dengan teliti — termasuk guna jalan alternatif — supaya barang sampai on time.

Peraturan Business Park & Industri

Setiap business park di PJ, Subang, dan kawasan industri ada peraturan sendiri. Loading bay, tempahan lif barang, parking lori — kami uruskan semua dengan pihak pengurusan bangunan.

Apa Yang Termasuk Dalam Servis Pindah Pejabat Selangor

Pembungkusan Peralatan Pejabat

Setiap meja, kerusi, kabinet, dan peralatan pejabat lain dibungkus ikut jenis barang. Guna bubble wrap, shrink wrap, dan kotak yang sesuai. Barang pecah belah dan elektronik dapat pelindungan extra.

Server & IT Equipment

Server, desktop, monitor, dan peralatan rangkaian diurus dengan pelindungan antistatik. Setiap unit dilabel ikut sistem dan dipasang semula di lokasi baru. Proses setup jadi lebih cepat dan mudah.

Buka Pasang Perabot Pejabat

Workstation, partition, meja eksekutif, dan kabinet besar dibuka dulu untuk diangkut, kemudian dipasang semula di pejabat baru. Semua ikut floor plan yang korang bagi.

Angkut, Hantar & Susun

Dari muat naik lori, hantar ke lokasi baru, sampai susun semula ikut tempat yang ditetapkan. Termasuk urus loading bay dan service lift bangunan supaya proses pindah berjalan lancar.

Skop Servis Pindah Pejabat

PerkhidmatanBudgetPremiumAll-in-One
Pembungkusan perabot & peralatan
Bubble wrap & shrink wrap
Buka pasang workstation & partition
Pengendalian server & IT equipment
Kotak pembungkusan disediakan
Label & inventory system
Site visit & konsultasi
Susun atur di lokasi baru

Lori Mana Sesuai Untuk Pindah Pejabat Korang?

Saiz LoriSesuai UntukBoleh AngkutBilangan Pekerja
1 TanPejabat startup, coworking, < 5 workstationMeja, kerusi, 2-3 kabinet, beberapa komputer2 orang
3 TanPejabat sederhana, 10-20 workstationSemua perabot, server rack, 5-8 kabinet fail, mesin fotostat3 orang
5 TanPejabat besar, korporat, > 20 workstationSemua kandungan pejabat termasuk partition, safe box, peralatan berat3-4 orang

Faktor Yang Mempengaruhi Sebut Harga Pindah Pejabat

Kami percaya pada harga yang telus. Setiap sebut harga dikira berdasarkan beberapa faktor. Hubungi kami untuk sebut harga percuma.

🏢 Saiz & Jenis Pejabat

Bilangan workstation, keluasan lantai, dan jumlah perabot menentukan saiz lori dan tenaga kerja yang diperlukan.

💻 Jumlah IT Equipment

Server, komputer, dan peralatan elektronik lain memerlukan pembungkusan khas dan pengendalian yang lebih teliti.

📍 Jarak & Lokasi

Jarak antara pejabat lama dan baru, termasuk faktor trafik di sekitar Selangor, mempengaruhi masa dan kos pengangkutan.

🚛 Saiz Lori

1 Tan, 3 Tan, atau 5 Tan — bergantung pada jumlah barang dan jarak perjalanan.

📅 Hari & Masa

Pindah waktu biasa vs hujung minggu atau malam — jadual fleksibel untuk kurangkan gangguan operasi.

🔧 Akses & Bangunan

Ada lif barang ke tidak? Loading busines park macam mana? Parking lori? Semua ni kami check masa site visit.

Pindah Waktu Bekerja vs Hujung Minggu — Mana Lagi Sesuai?

Untuk pindah pejabat, masa adalah segalanya. Kami bagi dua pilihan utama:

Pindah Hujung Minggu ★ Paling Popular

Paling ramai syarikat di Selangor pilih pindah Sabtu atau Ahad. Kenapa? Sebab zero downtime — staf datang kerja Isnin terus operate di pejabat baru. Tak hilang hari kerja langsung. Kami boleh mula awal pagi sampai siap.

Pindah Waktu Malam (After-Hours)

Pindah lepas waktu pejabat tutup, contohnya pukul 6 petang sampai 12 malam. Staf balik kerja macam biasa, esok datang dah settle di tempat baru. Sesuai untuk syarikat yang tak boleh tutup langsung.

Proses Pindah Pejabat — Dari Mula Sampai Siap

1

Hubungi Kami

WhatsApp atau call terus. Beritahu kami saiz pejabat, jumlah workstation, dan tarikh pindah yang korang target. Kami akan respon cepat.

2

Lawatan Tapak Percuma

Pasukan kami datang ke pejabat korang. Kami check akses loading bay, saiz pintu, parking lori, dan susun atur ruang. Site visit ni penting untuk bagi sebut harga yang tepat.

3

Sebut Harga & Pengesahan

Kami sediakan sebut harga terperinci ikut keperluan. Tiada caj tersembunyi. Bila setuju, kami confirm tarikh dan jadual pindah.

4

Floor Plan & Label Sistem

Korang bagi floor plan pejabat baru. Kami sediakan label untuk setiap jabatan dan workstation. Semua kotak akan dilabel ikut zon — memudahkan penyusunan nanti.

5

Siapkan IT & Backup Data

Kami suggest korang backup data server dan komputer sebelum hari pindah. Tim teknikal kami akan urus cabut dan pasang semula peralatan IT di lokasi baru.

6

Hari Pindah — Muat & Hantar

Pasukan sampai on time. Semua barang dimuat naik lori dengan berhati-hati. Guna canvas lori kalau cuaca panas/ hujan. Sampai di lokasi baru, barang diturunkan ikut zon label.

7

Hantar & Susun Ikut Floor Plan

Perabot dan kotak dihantar ke tempat masing-masing ikut floor plan. Workstation dan partition dipasang semula. Semua disusun supaya korang boleh terus kerja.

8

Setup IT & Rangkaian

Server, komputer, dan peralatan rangkaian dipasang semula dan disambung. Kami pastikan semuanya berfungsi sebelum tanda tangan.

9

Finishing Check & Sign Off

Kami buat pemeriksaan akhir bersama korang. Pastikan semua barang sampai dalam keadaan baik, tak ada yang tertinggal, dan pejabat baru korang dah sedia untuk operasi.

Checklist Siap Pindah Pejabat

Guna checklist ni supaya pindah pejabat korang lebih teratur. Kami dah biasa tolong syarikat-syarikat di Selangor urus semua ni.

Sebelum Hari Pindah

  • Backup semua data server dan komputer
  • Maklumkan klien tentang alamat baru
  • Beritahu staf jadual pindah
  • Sediakan floor plan pejabat baru
  • Label setiap jabatan dan workstation
  • Tempah loading bay & service lift (dua-dua lokasi)
  • Kemaskini alamat di Google, website, dan dokumen rasmi
  • Lantik koordinator dalaman syarikat
  • Pastikan internet dan rangkaian baru siap
  • Asingkan barang peribadi staf

Semasa & Selepas Pindah

  • Test server dan rangkaian internet
  • Check setiap workstation berfungsi
  • Buka dan semak kotak ikut label jabatan
  • Pasang semula perabot yang dibuka
  • Susun kabinet fail ikut sistem asal
  • Check semua mesin pejabat (fotostat, printer)
  • Buang bahan pembungkusan dengan cara yang betul
  • Sign off dengan pasukan IV Movers
  • Update alamat di platform e-dagang dan bank
  • Buat tour pejabat baru dengan staf

Kenapa Pilih IV Movers Untuk Pindah Pejabat Selangor?

📅

Berpengalaman Sejak 2017

Lebih 8 tahun urus pindah pejabat di seluruh Selangor dan KL. Ribuan pelanggan dah puas hati.

🚛

Pelbagai Jenis Lori

Lori 1 Tan, 3 Tan, 5 Tan — Canvas dan Tailgate. Pilih ikut saiz pejabat korang. Sesuai untuk loading bay kilang dan business park.

💰

Harga Telus & Sebut Harga Percuma

Tiada caj tersembunyi. Dapatkan sebut harga percuma dengan site visit untuk anggaran yang tepat.

Respons Pantas & Profesional

Pasukan kami respon cepat, datang on time, dan bekerja dengan efisien. Bukan setakat angkut barang, tapi urus seluruh proses.

💻

Biasa Urus IT Equipment

Server, komputer, dan peralatan rangkaian bukan masalah. Kami guna pembungkusan antistatik dan sistem label untuk pastikan semuanya selamat.

🗓️

Jadual Fleksibel

Pindah malam, hujung minggu, atau hari biasa — ikut kesesuaian korporat korang. Kami adjust supaya bisnes terus jalan.

Kawasan Servis Pindah Pejabat IV Movers

Kami cover seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Kalau area korang takde dalam list, contact kami — kami akan cuba uruskan.

Selangor (47 Kawasan)

AmpangBandar Baru BangiBandar Puncak AlamBantingBatang KaliBatu ArangBatu CavesBeranangBestari JayaBukit RotanCherasCyberjayaDengkilHulu LangatJenjaromJeramKajangKaparKerlingKlangKLIAKuala Kubu BaruKuala SelangorKuangPelabuhan KlangPetaling JayaPuchongPulau CareyPulau IndahPulau KetamRasaRawangSabak BernamSekinchanSemenyihSepangSerdangSerendahSeri KembanganShah AlamSubang JayaSungai BesarSungai BulohSungai PelekTanjong KarangTanjong SepatTelok Panglima Garang

Termasuk kawasan tumpuan perniagaan & industri: Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang, Kajang, Cheras, Ampang, Bangi, Cyberjaya.

Kuala Lumpur

AmpangBatu CavesCherasDamansaraGombakHulu KelangKepongKuala Lumpur CityPetalingPetaling JayaSentulSetapakSungai Besi

Apa Kata Pelanggan Tentang Servis Pindah Kami?

★★★★★

"I had a very smooth experience with this moving service provider. The team arrived on time, handled all my items carefully, and worked efficiently from start to finish. Furniture was properly wrapped and protected, and nothing was damaged during the move. The whole move was fast, stress-free, and well organized. Highly recommended."

Thaya Nagalingam
Kuala Lumpur
★★★★★

"Fast response, arrive on time and all items are delivered in good condition."

Shada IR
Selangor
★★★★★

"Very helpful in moving heavy items."

Hanif Radzi
Petaling Jaya
★★★★★

"Efficient, skillful and helpful worker."

Faris Shaibi
Shah Alam
★★★★★

"Very good service. Many thanks to Mr Jehan, Mr Nava, Mr Viki and Mr Roy. Highly recommended."

Andy Chua
Cheras
★★★★★

"Pertama kali guna servis pindah rumah dan sangat puas hati. Pasukan datang tepat pada masa, semua barang dibalut dengan kemas, dan mereka sangat berhati-hati dengan perabot kayu saya. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan."

Siti Nor Aishah
Ampang
★★★★★

"These guys are the real deal. They moved my 3-bedroom condo with zero issues. Everything was properly labeled and organized. The team leader made sure I was happy with every step. Will definitely use them again."

Tan Wei Ming
Damansara
★★★★★

"Professional team, careful handling, and affordable pricing. They moved my entire office within one day without disrupting our operations. Highly recommended for office moving."

Raja Ahmad
Petaling Jaya
★★★★★

"This is my second time using IV Movers. They are consistent with their quality of service. The team is always punctual, polite, and handles everything with care. Truly reliable movers."

Lim Su Yin
Cheras

Soalan Lazim — Pindah Pejabat Selangor

Pejabat kecil di Selangor boleh siap dalam 1 hari. Pejabat sederhana dan besar di Shah Alam, PJ, atau Klang biasanya 1 hingga 3 hari. Kami rancang ikut jadual kerja korporat untuk kurangkan downtime.
Ya, tu yang paling ramai bisnes pilih. Kami sediakan slot pindah malam (after-hours) dan hujung minggu supaya operasi perniagaan tak terganggu. Staf boleh terus kerja macam biasa.
Server, komputer, dan peralatan IT lain kami uruskan dengan cara khas. Setiap unit dibungkus dengan pelindungan antistatik, dilabel ikut sistem, dan dipasang semula di lokasi baru mengikut susunan asal. Min downtime, maksimum produktiviti.
Pindah pejabat lebih kompleks sebab involve IT equipment, server, dokumentasi sulit, workstation, dan partition. Kami kena faham susun atur ruang kerja, loading bay bangunan, dan jadual operasi syarikat. Bukan setakat angkut barang je.
Kami cover seluruh Selangor — 47 kawasan termasuk Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang, Kajang, Cheras, Ampang, Bangi, Cyberjaya, Seri Kembangan, Rawang, dan banyak lagi. Senarai penuh ada di bawah.
Site visit sangat digalakkan, terutama untuk kawasan industri dan business park. Kami nak check akses loading bay, saiz pintu kilang, parking lori, dan susun atur ruang. Ini membantu bagi sebut harga yang tepat.
Kami rancang pindah ikut jadual korporat — sama ada pindah malam, hujung minggu, atau secara berperingkat mengikut jabatan. Tujuannya satu: bisnes terus jalan tanpa gangguan besar.
Ya, termasuk. Workstation, meja eksekutif, kabinet, dan partition akan dibuka, dibungkus, dihantar, dan dipasang semula di pejabat baru. Semua ikut floor plan yang korang bagi.
WhatsApp atau call kami terus. Kami akan atur jadual site visit, bagi sebut harga percuma, dan plan tarikh pindah ikut kesesuaian korporat korang. Senang je.
Dokumen sulit dan fail penting kami uruskan secara berasingan. Kabinet fail dipindah tanpa dibuka, dilabel ikut sistem, dan dihantar terus ke tempat yang ditetapkan di pejabat baru. Privacy dan security dijaga sepanjang proses.

Sedia Untuk Pindah Pejabat Selangor?

Jangan biarkan downtime operasi ganggu bisnes korang. Kami uruskan pindah pejabat dengan profesional — dari server, IT equipment, sampai perabot. Sebut harga percuma.

2 Minit
Respon WhatsApp
Sejak 2017
Berpengalaman
8+ Tahun
Servis Dipercayai